Panasnya Hari Ini

Warisan Didakwa Sogok Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa cuba menyogok anggota keselamatan bagi ‘mengaburi mata’ selepas isu ucapan calon mereka yang tular di media sosial didakwa berbaur penghinaan kepada pasukan keselamatan yang bertugas semasa Ops Daulat 2013.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sudah meminta anggotanya membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

“Saya difahamkan selepas isu ucapan berbaur penghinaan kepada pasukan keselamatan itu tular, ada wakil calon daripada Warisan membuat sogokan kepada anggota pasukan keselamatan yang pada hari ini telah membuat pengundian awal.

“Selain itu, saya difahamkan berpuluh-puluh ribu duit disogok dan ini menunjukkan kerajaan Warisan telah terdesak dan mereka benar-benar takut untuk kalah dalam PRN ini. Sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata, pihaknya akan terus mempertahankan anggota dan pegawai yang telah terkorban dalam insiden pencerobohan Tanduo pada 2013 melalui Ops Daulat yang dilaksanakan kerajaan lapor Sinar Harian.

“Jika ini sikap calon yang datang daripada kerajaan Warisan, saya memohon agar rakyat di Sabah untuk memikirkan dengan jelas bahawa calon mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab untuk mempertahankan negeri ini.

“Saya nak maklumkan di sini sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan mempertahankan negeri ini sebaik mungkin bersama anggota keselamatan yang sentiasa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");