Membawang Hari Ini

Zizie Izette Nafi Positif Covid-19, “Jangan La Main Fitnah …”

Pelakon Datin Seri Zizie Izette menafikan dakwaan yang tersebar kononnya dia disahkan positif Covid-19.

“Artis Zizie Izette disahkan positif Covid-19. Dua hari lepas Datuk Seri Bung datang cptg, sedia la kalian yang bersalaman dan tidak patuh Tatacara operasi standard (SOP). Swab test!!” tulis seorang netizen.

Menurut Zizie, itu semua adalah fitnah memandangkan dia bertemu dengan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin hanya dari jarak jauh.

“Astaghfirullah!! Fitnah-fitnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ni dapat jumpa tapi dia di atas pentas, saya di bawah ni di Tongod.

“Jangan la main fitnah masa pilihan raya ni tidak bagus. Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik Covid ini. Amin,” jelasnya di Instagram Stories.

Malah, tambah Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 41, menyatakan suaminya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.

“Sihat-sihat juga dia, orangnya yang cukup jaga kebersihan dan kesihatan insya-Allah,” ujarnya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");