Perak Hari Ini

21 Sekolah Agama Rakyat Dan 7 Tadika Islam Perak Ditutup, Kemungkinan Ada Lagi Akan Ditutup

IPOH- Sebanyak 21 buah sekolah agama rakyat dan tujuh buah sekolah tadika Islam Perak ditutup bermula pada 14 Oktober sehingga 25 Oktober.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, penutupan sekolah ini melibatkan beberapa sekolah di daerah Manjung, Larut Matang dan Selama, Kerian, dan daerah Kinta.

Menurut beliau, penutupan sekolah berkenaan dijalankan untuk proses pembersihan dan menyekat penularan Covid-19.

“Sekolah berkenaan ditutup untuk pembersihan dan juga untuk menyekat penularan Covid-19 sementara pelajar melalui ujian swab sama ada positif atau negatif sebab mereka ini terlibat sebagai kontak pertama dan juga kedua,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Antara sekolah yang ditutup adalah SRAR Al-Hidayah, SRAR Ittifaqiah, SRAR Al-Khairiah, SRAR Al-Aliah, SRAR Annasriah, SRAR Arshadiah, SRAR Abadiah, Madrasah Al Khairiyyah Islamiah, SRAR Darul Ehsan, SRAR Al-Ehya’ Addiniah, SRAR Al Hidayatul Islamiah, SRAR Nor Hidayah, SRAR Al-Irsyadiah, SRAR Khairiah Islamiah, SRAR Fadilah Islamiah, SRAR Al-Tahzib, SRAR An Najihin, SRAR Al Hidayah, SRAR Al Faizin, Sekolah Agama Rakyat Al-Taufiqiah dan SRAR Ar-Raudhatul Ulum.

Bagaimanapun menurut Akmal, berkemungkinan akan ada lagi sekolah yang akan ditutup kerana masih ada beberapa tempat yang masih lagi melalui ujian swab.

“Nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ditutup maka akan kita keluarkanlah pekeliling atau arahan untuk ditutup.

“Kemungkinan ianya dilanjutkan adalah berdasarkan keatas nasihat KKM dan juga MKN, kalau masih lagi menular kepada beberapa orang pelajar yang positif, kemungkinan akan dilanjutkan,” katanya.

Beliau turut menasihat ibubapa supaya tidak panik kerana perkara ini adalah prosedur biasa untuk menyekat penularan Covid-19 ini.

“Semua pihak termasuk ibubapa perlu berkerjasama untuk menyekat penularan Covid-19.

“Kami menyeru agar sekolah-sekolah yang telah mendapat peruntukan untuk menjalankan sendiri aktiviti disinfeksi,” katanya.

Mana-mana sekolah juga diingatkan untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menutup sekolah sekiranya perlu bagi mengekang penulran dan memudahkan aktiviti pembersihan dan disinfeksi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");