Berita Hari Ini

23 Kontak Rapat Zulkifli Di Kelantan Negatif COVID-19

KOTA BHARU – Seramai 23 individu, yang menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, disahkan negatif COVID-19.

Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata berdasarkan maklumat awal, 60 individu dikesan sebagai kontak rapat menteri itu yang disahkan positif COVID-19 namun hanya 23 orang perlu menjalani ujian saringan selepas jabatan tersebut melakukan penilaian risiko.

Beliau berkata mereka yang menjalani ujian saringan sejak minggu lalu antaranya melibatkan orang kenamaan (VIP), urus setia dan tetamu majlis program dihadiri Zulkifli ketika berada di negeri itu pada 25 Sept lepas.

“JKNK juga akan mengendalikan ujian saringan melibatkan 10 lagi individu yang dikatakan kontak rapat Zulkifli dan dijangka dilakukan minggu depan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Isnin lepas, Zulkifli yang mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di hospital, menggesa orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya dari 24 Sept hingga 4 Okt agar segera menjalani ujian saringan COVID-19.

Dalam pada itu, Dr Zaini berkata seramai 45,322 individu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 di seluruh Kelantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 171 individu didapati positif setakat ini dengan kes terbaharu direkodkan pada 5 Okt lalu yang melibatkan seorang lelaki berusia 30-an namun beliau bukan kontak rapat Zulkifli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");