Berita Hari Ini

25 Ahli Parlimen failkan 30 usul

Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul dikemukakan 25 Ahli Parlimen, sebelum tarikh tutupnya, petang tadi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memberi jaminan kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Adalah dimaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai Isnin, 2 November hingga Selasa, 15 Disember.

Sesi sidang mesyuarat kali ini sudah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober lalu,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");