Berita Hari Ini

500 penghantar FoodPanda terjejas pendapatan akibat kelemahan sistem e-Wallet

Kira-kira 500 penghantar syarikat perkhidmatan makanan FoodPanda kehilangan sehingga RM100 sehari apabila akaun pekerjanya disekat sehingga 24 jam susulan kelemahan sistem e-Wallet P-Hailing itu.

Menurut Pengerusi Penghantar Malaysia, Zulhelmi Mansor, pihaknya menerima banyak aduan daripada penghantar FoodPanda terbabit, yang mana didakwa gagal membuat deposit bayaran “Cash On Delivery”  (COD) ke dalam e-Wallet sedangkan ia tidak berlaku.

“Hari ini Penghantar Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan isu penganiayaan kepada penghantar FoodPanda berkaitan dengan isu e-Wallet yang tidak jelas.

“Kebiasaannya bila pelanggan buat bayaran secara COD, dalam tempoh empat jam selepas habis shift, selalunya mestilah duit tersebut akan dideposit duit ke akaun e-Wallet FoodPanda.

“Pagi tadi kebanyakan rider terkejut bila ID pekerja mereka sendiri disekat. Jadi tak dapat bekerja atas alasan e-Wallet tak clear,” katanya kepada pemberita selepas selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Susulan sekatan akaun pekerja itu, Zulhelmi mendakwa ia akan memberi kesan kepada sistem batch atau indeks prestasi utama (KPI) di mana boleh menjejaskan pendapatan penghantar FoodPanda.

“Kita mahu pihak pengurusan FoodPanda melihat dan jangan jadikan perkara ini sebagai alasan supaya sistem batch ini terjejas.

“Ini terang-terang masalah sistem sendiri. Kita mahu pihak pengurusan FoodPanda ambil tindakan segera selesaikan isu ini,” jelasnya.

Jelas Zulhelmi, terdapat beberapa kes di mana walaupun penghantar FoodPanda telah membuat deposit bayaran COD ke dalam E-Wallet, namun ID pekerja tetap digantung hingga menyukarkan mereka bekerja.

“Ada rider-rider ini tiada masalah dari segi deposit COD, tiba-tiba ID disekat.

“Ia akan menjejaskan KPI rider itu sendiri sedangkan masalah itu disebabkan oleh kelemahan sistem e-Wallet FoodPanda.

“Akaun ID pekerja hanya akan dibuka balik bergantung kepada pihak pengurusan FoodPanda, lazimnya sehingga 24 jam, dan beri kesan kepada sistem batch.

“Jika akaun ID pekerja disekat, penghantar FoodPanda boleh kehilangan sehingga RM100 pendapatan sehari,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");