Berita Hari Ini

549 individu ingkar PKP ditahan, ramai tidak pakai pelitup muka

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, polis menahan 549 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Beliau berkata, seramai 547 individu dikompaun dan 2 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Operasi Benteng berjaya menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam.

Beliau berkata operasi itu turut berjaya merampas 1 bot dan 6 kenderaan darat.

“Sebanyak 291 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");