Sukan Hari Ini
Like

7 Gol Mengejutkan Klopp

October 5, 2020
330 Views
0 Comments
1 minute read
7 Gol Mengejutkan Klopp

BIRMINGHAM, United Kingdom: Jurgen Klopp mengakui terkejut dengan kekalahan 7-2 Liverpool di tangan Aston Villa awal pagi tadi.

BH Online yang memetik AFP melaporkan Ollie Watkins meledak hatrik pada babak pertama ketika Reds menjadi juara bertahan England pertama melepaskan tujuh gol dalam saingan liga sejak 1953.

“Ia tidak dijangkakan tetapi ia berlaku malam ini,” kata Klopp. “Kami meletakkan semua perkara buruk dan kesilapan dalam satu perlawanan dan saya harap kami boleh bermula kembali.”

Liverpool yang banyak bermain di atas dihukum serangan balas pantas Villa manakala ketiadaan penjaga gol Alisson Becker kerana kecederaan serta Sadio Mane yang positif COVID-19 jelas membawa padah.

Skuad Reds tidak pernah tewas sehingga perlawanan ke-28 liga ketika meraih gelaran musim lalu dan menang semua tiga perlawanan awal musim ini.

“Gol pertama memberi impak tetapi ia tidak sepatutnya,” kata Klopp. “Adrian membuat kesilapan tetapi kami pernah melepaskan gol seperti ini sebelum ini. Kami hilang rentak selepas itu.”

Walaupun akan berehat selama dua minggu sebelum kembali bermain, Klopp ada sedikit masa untuk membuat pembetulan di padang latihan ketika sebahagian besar pemainnya akan bersama skuad kebangsaan masing-masing.

Komen & Pendapat

Comments are closed.