Berita Hari Ini

865 kes baru, 3 kematian, 99 dalam ICU

Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka yang tinggi selama tiga hari berturut-turut dengan sebanyak 865 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 643 kes, dikuti Selangor 101 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (34 kes) dan negeri-negeri lain.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 7,456 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 455 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Sementara itu menurutnya seramai 99 pesakit kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu Noor Hisham turut memaklumkan tiga lagi kematian terbaru akibat wabak berkenaan, yang kesemuanya direkodkan di Sabah.

Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat kes saringan tahanan Penjara Tapah.

Menurut Noor Hisham, kesemua kes ini terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). 

“Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia.

“Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” jelasnya.

Kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 643 kes

Selangor: 101 kes

Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes

Pulau Pinang: 26 kes

Perak: 18 kes

Melaka: 16 kes

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam kes

Negeri Sembilan: Empat kes

Kedah: Tiga kes (daripada kluster-kluster sedia ada)

Johor: Dua kes

Pahang: Satu kes (saringan individu bergejala).

Terengganu: Satu kes (daripada kluster sedia ada).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");