Berita Hari Ini

90 kontak rapat Dr Zulkifli negatif

Saringan yang dijalankan terhadap 90 individu berkaitan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, didapati negatif, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Zulkifli sebelum ini dikesan positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia termasuk semua anggota mesyuarat yang dihadiri Zulkifli di Pejabat Perdana Menteri pada Sabtu lalu.

Katanya, keadaan Zulkifli juga stabil setakat tengah hari tadi.

Beliau berkata, Zulkifli sendiri membuat kenyataan melalui media sosial mengenai status kesihatannya sebelum ini.

“Setakat ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan masih dalam proses mengenalpasti kontak rapat beliau dan menjalankan penilaian risiko dan saringan yang diperlukan.

“Alhamdulillah keadaan beliau stabil dan setakat jam 12 tengah hari tadi seramai 90 individu disaring berkaitan beliau didapati negatif iaitu termasuk kesemua ahli mesyuarat yang dihadiri beliau di Pejabat Perdana Menteri pada 3 Oktober 2020.

“PKD akan meneruskan proses mengenalpasti kontak lain dan situasi semasa akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media COVID-19 yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dr Noor Hisham, yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Media semalam melaporkan, Dr Zulkifli mengesahkan beliau disahkan positif COVID-19.

Melalui hantaran Facebook, beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya baik walaupun sudah disahkan positif dengan penyakit itu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");