Perak Hari Ini

90 Peratus Restoran, Kafe Di Ipoh Patuh SOP

IPOH – Sehingga 6 Oktober, sebanyak 90 peratus atau 352 restoran dan kafe di seluruh bandar raya ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 oleh.

Sementara itu dalam tempoh sama sebanyak 43 premis yang gagal mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diberi notis amaran.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, berdasarkan SOP tersebut semua pengusaha kedai makan harus menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi awam secara kerap terutama tempat yang kerap disentuh.

“Antara SOP yang tidak dipatuhi adalah tiada penjarakan fizikal dan tidak merekod kemasukkan pelanggan ke premis.

“Untuk rekod, daripada 1 Januari sehingga 1 Oktober sebanyak 69 kali operasi dilakukan ke atas 515 premis.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 386 tawaran kompaun bernilai RM 81,000 telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1602033200205″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Operasi Sanitasi Awam Premis Makanan Mengikut SOP MKN di sekitar Pusat Perniagaan Greentown, di sini, hari ini.

Rumaizi berkata tujuan operasi yang dijalankan secara berterusan itu adalah bagi memastikan semua premis makanan di sekitar bandar raya ini mematuhi SOP MKN.

Ujarnya ia juga sebagai langkah untuk mempertingkatkan lagi keyakinan orang ramai khususnya para pelancong yang datang ke sini susulan perkembangan terkini kes wabak COVID-19.

“Susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, kita memang menjangkakan orang ramai akan bimbang untuk ke bandar raya ini.

“Namun saya ingin sampaikan kepada semua orang ramai agar jangan bimbang untuk datang ke Ipoh dan memasuki ke kedai-kedai di Ipoh.

“Kita sentiasa membuat kawalan dan pemeriksaan secara kerap bagu memastikan para peniaga mematuhi semua SOP yang ditetapkan MKN,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata MBI turut berpuas hati dengan pematuhuan SOP MKN di semua pasar malam di sekitar Bandaraya Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");