Berita Hari Ini

Agong Berkenan Terima Menghadap Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, empat keping gambar menunjukkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");