Perak Hari Ini

Air Pasang Besar Punca Banjir Di Kampung Muhibbah

TELUK INTAN: Punca banjir yang berlaku di Kampung Muhibbah telahpun dikenalpasti di mana punca berlaku disebabkan air pasang besar dari Sungai Perak yang melimpah melalui estate berhampiran.

Perkara tersebut turut mengakibatkan ban pecah seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan tersebut.

Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Tuan Ismail Bin Ibrahim hadir bagi mengadakan sesi lawatan ke Taman Muhibbah

Hadir sama, Adun Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin, Ketua Jabatan MPTI, Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Wakil Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd.

Wakil JPS Hilir Perak bagaimanapun telah memaklumkan pihaknya telah melantik kontraktor bagi membaikpulih ban tersebut dengan kadar segera.

“Pihak MPTI bersama PE infra telah mengambil tindakan dengan menyelenggara dan melaksana kerja kerja pembersihan kawasan dengan kadar segera,” katanya.

Difahamkan kerja-kerja membaiki benteng sungai yang telah roboh akan dimulakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyalurkan bantuan makanan asas kepada 350 penduduk di Kampung Muhibbah di Teluk Intan yang terjejas akibat bencana banjir susulan fenomena air pasang besar.

Bantuan yang diberikan seperti makanan kering bagaimanapun disampaikan oleh wakil beliau semalam.

Selain dari itu, turut diagihkan adalah makanan tengahari dan makanan malam serta bekalan air minuman.

Ketika lawatan tersebut, semua mangsa sedang membersihkan rumah masing-masing selepas dilanda banjir setinggi paras lutut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");