Perak Hari Ini

Akan Dijenamakan Semula Kepada Perak FC Dalam Masa Terdekat – Adly

IPOH- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan nama Perak FA akan ditukarkan kepada Kelab Bola Sepak Perak atau Perak FC selepas proses penswastaan selesai nanti.

Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata proses tersebut kini di peringkat permohonan kelulusan daripada kerajaan negeri bagi mengekalkan nama ‘Perak’ dalam pasukan.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601883985251″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Nama ‘Perak’ ini telah diwartakan dan oleh sebab itu pasukan-pasukan bola sepak negeri harus membuat permohonan dengan kerajaan negeri bagi kegunaan nama ‘Perak’.

“Setakat ini saya dimaklumkan ia tidak ada sebarang masalah dan Insyallah memang Perak FA akan dijenamakan sebagai Perak FC,” katanya.

Jelas beliau, PAFA telah membuat permohonan untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada masa terdekat

Dalam pada itu, Adly berkata akan berlaku perubahan dari segi struktur pentadbiran dalam Perak FC kelak selain tidak menolak ianya bakal diterajui individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang bola sepak.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum sokongan Perak FC daripada Gabungan Penyokong Bolasepak Perak (TBG MOBS) yang diwakili Ketua Penerangannya, Mohd Jeffery Amin Abd Hamid di Pejabat PAFA, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adly menyambut baik sokongan TBG MOBS terhadap usaha PAFA dalam usaha penswastaan ke arah Perak FC demi pembangunan bola sepak negeri.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1601884044957″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Terdahulu, dalam sidang media berasingan, Presiden TBG MOBS, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata pihaknya menyokong penuh sekiranya PAFA akan mengekalkan nama ‘Perak’ selepas diswastakan.

Katanya nama Perak merupakan nama ‘keramat’ pasukan induk negeri yang telah berjaya menempa pelbagai kejayaan dalam arena bola sepak tempatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dilaporkan menetapkan 15 September sebagai tarikh akhir bagi urusan dokumentasi kewangan manakala 30 September bagi dokumentasi penswastaan atau pertukaran status FA ke FC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");