Panasnya Hari Ini

Annuar Musa Perjelas Keperluan Laksana Darurat

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan darurat perlu diadakan untuk menghentikan perebutan kuasa dan menyelamatkan rakyat daripada koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, pada ketika ini terdapat ribuan rakyat berada di hospital termasuk ribuan petugas barisan hadapan dan anggota keselamatan menjalani kuarantin.

“Berbilion dana negara terpaksa dibelanjakan. Itu dalam keadaan Malaysia diiktiraf dunia sebagai negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini. Bagaimana agaknya kalau dalam tempoh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dengan ancaman Covid-19.

“Kuasa apa dan undang-undang mana boleh kita tangguh perebutan kuasa ini? Terima kasih atas nasihat perundangan yang bakal diberi.

“Kini jelas sudah kenapa undang-undang darurat kesihatan atau politik terpaksa dikuatkuasakan.

“Ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati pada pentadbiran yang semakin diterima oleh rakyat hanya kerana ingin terlepas dari sesuatu yang akan menyusahkan mereka.

“Dan boleh saja halangan itu datang dari orang-orang yang tamakkan kuasa tanpa memikirkan keharmonian atau kesihatan orang lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, Annuar turut mencetuskan beberapa senario yang sedang berlaku dalam negara.

“Kepada sahabat saya yang punya ilmu undang-undang, terutama ‘constitutional experts’ bantu saya mencari jawapan perkara berikut yang berkait dengan ketakutan rakyat terhadap penularan Covid-19.

“PRK Batu Sapi wajib diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tetapi rakyat minta PRK ditangguhkan dan pegawai takut untuk ke zon merah.

“Tempoh DUN Sarawak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib diadakan, namun semua orang takut apa yang berlaku di Sabah selepas PRN menimpa Sarawak. Mereka minta PRN ditangguh dulu.

“Pelbagai pihak mengugut mau (mahu) menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang Parlimen bulan depan.

“Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan Parlimen dan PRU perlu diadakan tetapi rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan kerana takut merebaknya Covid-19.

“Undang-undang mana boleh dipakai untuk menangguh pilihan raya supaya kita dapat memastikan Covid-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");