Panasnya Hari Ini

Anwar Nafi Miliki Syarikat Tersenarai Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Katanya, berita yang mengaitkan nama beliau dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham.

“Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama saya dengan kaunter tertentu di Bursa Malaysia.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Justeru, beliau meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");