Berita Hari Ini
Like

Bantu Dapatkan Zuriat, Anda Kini Boleh Keluar Duit KWSP Untuk Jalani Rawatan…

October 6, 2020
328 Views
0 Comments
1 minute read
Bantu Dapatkan Zuriat, Anda Kini Boleh Keluar Duit KWSP Untuk Jalani Rawatan…

Berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat pastinya menjadi satu beban besar terutama buat pasangan yang baru berkahwin.

Jika ada rawatan sekali pun, berkemungkinan kos yang diperlukan agak tinggi.

Namun, kini orang ramai yang berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan boleh menarik nafas lega apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan pengeluaran kesihatan terbaharu bagi rawatan tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Ahmad Badri Zahir, semalam.

Menurut Ahmad Badri, pengeluaran itu bertujuan membantu pasangan yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan cahaya mata, selain membantu usaha kerajaan menangani trend penurunan kadar kesuburan yang berterusan.

“KWSP membenarkan ahli yang layak membuat pengeluaran bagi rawatan kesuburan bermula 1 September lalu.

“Melalui pengeluaran itu, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun dua untuk membiayai kos rawatan mendapatkan cahaya mata,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Tambahnya, pilihan pengeluaran kesihatan itu merupakan sebahagian tanda sokongan KWSP kepada pasangan yang ingin mendapatkan rawatan tetapi menghadapi kekangan kewangan kerana kos yang tinggi.

“Ahli boleh membuat pengeluaran beberapa kali yang diinginkan tertakluk kepada baki simpanan akaun dua mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Foto kredit: Astro Awani & KelabMama

Komen & Pendapat

Comments are closed.