Berita Hari Ini

Bayi Perempuan Antara Korban Terbaharu COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun merupakan salah daripada empat jumlah korban terbaharu akibat COVID -19 yang direkodkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noo Hisham Abdullah, kes kematian ke-140 itu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang”, kata Dr Noor Hisham dalam sidang media hari ini, lapor Astro Awani.

Selain itu, beliau turut memberitahu, kematian ke-138 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu.

Saringan COVID-19, kata beliau, didapati positif pada 26 September 2020.

“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi”, katanya lagi.

Manakala kes kematian ke-139 pula, kata Dr Noor Hisham, merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September 2020.

Menurut Dr Noor Hisham, ujian saringan COVID-19 ke atas mangsa berkenaan didapati positif pada 30 September lalu dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober pukul 5.05 pagi.

Kes kematian ke-141 pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober pukul 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang.

“Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan COVID-19 dikesan positif,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");