Berita Hari Ini
Like

Belum tahu bila PKPB berakhir, kata menteri kanan

October 20, 2020
475 Views
0 Comments
59 seconds read
Belum tahu bila PKPB berakhir, kata menteri kanan

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk Sabah dan Lembah Klang sebelum ini masing-masing ditetapkan akan berakhir pada 26 dan 27 Okt.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata situasi masih boleh berubah-ubah.

Kerajaan masih belum tahu sama ada PKPB akan disambung atau berakhir pada tarikh yang dinyatakan itu.

“Keadaan berubah dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Menurut beliau jika orang ramai patuh SOP yang dikeluarkan kerajaan, PKPB mungkin boleh ditamatkan segera.

“Amalkan disiplin diri seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, penjarakan sosial dan mematuhi aktiviti yang dibenarkan, maka InsyaAllah (PKPB akan  berakhir),” katanya.

Bagaimanapun, Ismail mengingatkan walaupun selepas PKPB berakhir, orang ramai masih perlu mematuhi SOP di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).-Mkini

Komen & Pendapat

Comments are closed.