Berita Hari Ini

Bicara Kes Rogol Adun Tronoh Ditetap 3 Hari Bermula 21 Dis

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 3 hari bermula 21 Dis depan untuk perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh berkenaan berikutan 2 lagi peguam yang mewakili Yong, iaitu Rajpal Singh dan Salim Bashir menghadapi kekangan untuk menghadiri perbicaraan yang dijadualkan hari ini susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Pada prosiding hari ini, Yong diwakili peguam Farhan Sapian dan Surindar Singh, manakala pendakwaan dikendalikan pengarah pendakwaan negeri Perak, Azhar Mokhtar.

Norashima turut menetapkan 20 Nov ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Ketika ditemui di luar mahkamah Farhan berkata, pihaknya sedang menunggu Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh perbicaraan yang baru berhubung rayuan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi memandangkan perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada Rabu lepas tidak dapat dijalankan kerana PKPB.

Pada 23 Ogos 2019, Yong yang ketika itu merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya, di kediamannya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogolnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi sebelum pasukan pembelaan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan pada keesokannya. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");