Panasnya Hari Ini

BN Putuskan Tidak Sertai PRK Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

BH Online melaporkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19 menjadi semakin meruncing sekiranya PRK berkenaan diadakan.

Katanya, kesan kepada kesihatan awam itu dapat dilihat seperti yang tercetus pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sebelum ini.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan BN dan UMNO tidak meletakkan calon bagi PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Asyraf berkata, cadangan itu wajar diperhalusi BN dengan mengambil kira kegawatan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

PRK Parlimen Batu Sapi perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong, 2 Oktober lalu.

Vui Keong, 60, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");