Berita Hari Ini

Bukit Aman terima 21 laporan polis ke atas video menghasut kebencian terhadap raja

Bukit Aman telah menerima sebanyak 21 laporan polis mengenai rakaman video berdurasi seminit 33 saat yang mempunyai kecenderungan menghasut untuk menanam kebencian terhadap raja dan kerajaan.

Kenyataan menghasut dalam rakaman video itu dilakukan oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang dikenali Ganesparan Nadaraja.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan polis itu dibuat di beberapa negeri sejak semalam.

“Ya saya boleh sahkan bahawa setakat ini kita menerima 21 laporan polis termasuk laporan asal berhubung siasatan video menghasut itu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam Pengarah JSJ Bukit Aman Komisioner, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.

Suspek yang disiasat beralamat di RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan, katanya.

Siasatan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Suspek juga dikehendaki di bawah 4(1) Akta Hasutan dan dua laporan dilakukan di Balai Polis Jalan Tun Razak bersangkut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998 dan serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKMM.

Berdasarkan semakan keluar masuk Imigresen, suspek berada di luar negara sejak November 2017. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");