Perak Hari Ini

COVID-19: Dua Sekolah Di Chemor, Satu Di Parit Buntar Ditutup

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan penutupan tiga buah sekolah selama tujuh hari bermula hari ini susulan terdapat jangkitan kes positif COVID-19.

Tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki masing-masing di Chemor, dekat sini serta Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun di Parit Buntar.

JPN Perak dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi memberi ruang kerja-kerja disinfeksi dijalankan di sekolah terlibat.

“Dimaklumkan semua sekolah terbabit akan ditutup bermula 19 Oktober sehingga 25 Oktober. Sekolah akan dibuka semula pada Isnin atau 26 Oktober nanti.

“Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja  pembersihan dan disinfeksi dijalankan pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");