Berita Hari Ini

COVID-19: Hospital Melaka Nafi Wad Ditutup, Perkhidmatan Terjejas

MELAKA: Hospital Melaka menafikan sebuah wad kononnya terpaksa ditutup sehingga menyebabkan perkhidmatan di hospital berkenaan terjejas seperti ditularkan semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ismail Ali berkata, sebaliknya perkhidmatan di hospital itu berjalan seperti biasa dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan selain mengawal pergerakan di semua wad.

“Kenyataan mengenai terdapat 11 kakitangan Hospital Melaka dijangkiti COVID-19 dan dikuarantin sehingga terdapat wad terpaksa ditutup adalah tidak benar.

“Malah hanya lapan anggota perubatan disahkan positif wabak itu dan kini sedang menerima rawatan. Kontak rapat kepada mereka juga telah disaring dan dikuarantin di rumah, bukan di hospital,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp pada Selasa kononnya sebuah wad terpaksa ditutup bagi menempatkan 11 kakitangan yang telah disahkan positif COVID-19.

Mesej berkenaan turut mendakwa kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di Hospital Melaka yang merupakan hospital rujukan COVID-19 di negeri ini terjejas.

Mengulas lanjut, Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih memetik Astro Awani.

“Untuk sebarang pertanyaan berhubung situasi semasa COVID-19 di negeri Melaka, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected],” tambahnya.

Sebelum ini, Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu menafikan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Rentas Negeri bermula tengah malam tadi seperti ditularkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");