Perak Hari Ini

COVID-19: Kes Melonjak 561, Catat Lima Kluster Baharu, Dua Kematian

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini melonjak 561 kes berbanding 374 kes semalam, dengan menyaksikan dua kematian dicatatkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, dengan perkembangan tersebut jumlah keseluruhan kes positif ialah 15,657 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19, adalah 4,587 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, 553 kes penularan di dalam negara melibatkan 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara, manakala lapan lagi merupakan kes import.

“Daripada penularan tempatan, 11 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sep adalah sebanyak 353 kes,” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini, lapor Bernama.

Terdapat lima kluster baharu hari ini, manakala 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu katanya, hari ini terdapat 133 kes yang telah pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,913 kes atau 69.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagi perincian kes mengikut negeri pula, Sabah masih mencatat jangkitan tertinggi iaitu 488 kes, manakala Selangor pula 25 kes, Kedah (16 kes), Kuala Lumpur (lapan kes), Labuan (lima kes), Johor, Melaka dan Terengganu masing-masing tiga kes, manakala Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.

Memperincikan mengenai kes kematian hari ini, kematian ke-156 melibatkan lelaki warganegara berusia 67 tahun, yang mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent dan mempunyai sejarah penyakit jantung dan tuberculosis.

Beliau berkata, kematian ke-157 pula melibatkan lelaki warganegara berusia 63 tahun yang dirawat di Hospital Tawau, yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan penyakit kencing manis serta darah tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");