Berita Hari Ini

COVID-19: Kuarantin Di Rumah Kurang Sesuai, Kata Pakar Kesihatan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan kurang mengesyorkan pesakit bergejala ringan COVID-19 menjalani kuarantin di rumah berikutan pendekatan itu dikatakan mempunyai kelemahan.

Ini berikutan sejak COVID-19 melanda negara, pendekatan pengasingan dan kuarantin di hospital yang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) berkesan mengawal penularan jangkitan.

BH Online melaporkan Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata pusat kuarantin komuniti dicadangkan di kawasan pedalaman terutama bagi kes jangkitan COVID-19 tanpa simptom,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, petugas pusat kuarantin itu perlu diberi latihan untuk mengendalikan kes sedemikian.

“Saya beranggapan kuarantin di rumah kurang sesuai berikutan logistik tempat tinggal dan kepadatan penghuni dalam sesebuah kediaman akan menyebabkan penjarakan tidak berlaku dengan jayanya,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Beliau berkata, biarpun ketika ini ada laporan mengatakan kapasiti dan kemudahan perubatan di Sabah semakin berkurangan, cadangan pesakit bergejala ringan kuarantin di rumah bukan langkah sesuai.

Katanya, biarpun United Kingdom dan Itali ada pesakitnya dikuarantin di rumah, keadaan di Malaysia adalah sebaliknya.

“Kita perlu memahami kemungkinan peningkatan saringan COVID-19 dilaksanakan KKM, berikutan pertambahan kluster dan kontak saringan, maka kes positif yang mempunyai simptom, perlu dirujuk ke hospital yang mempunyai fasiliti kesihatan mencukupi.

“Bagaimanapun timbul masalah kerana hospital ini mungkin terletak agak jauh dan perlu dibawa ke kawasan bandar berikutan kekurangannya kemudahan kesihatan atau pakar perubatan di pedalaman,” katanya.

Dr Sharifa Ezat juga berkata, faktor itu menyukarkan pengesanan kes yang bermasalah dan menjadikan masa diambil lebih panjang.

Oleh demikian, katanya, ia berupaya menyebabkan kemudaratan terhadap pesakit COVID-19 yang mengalami risiko kesukaran bernafas dan bertambah buruk jika mereka terutama warga emas yang mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung, kencing manis.

“Ini dapat dilihat daripada bilangan kes yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19, kebanyakan mereka daripada kalangan berumur hampir atau lebih 50 tahun.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat, berkata sebelum timbul masalah COVID-19, Sabah sudah berdepan masalah kekurangan kakitangan perubatan dan kesihatan.

“Menerusi satu kajian Pusat Penyelidikan Klinikal pada 2011, ia menunjukkan kekurangan pakar dalam hampir semua bidang di Sabah dan Sarawak berikutan keadaan geografi yang mencabar, wujud jurang perbezaan di antara penempatan doktor ke populasi di Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");