Berita Hari Ini
Like

Covid-19: Kurang Disiplin Kendiri, Kesedaran Punca Peningkatan Kluster Tempat Kerja – MTUC

October 28, 2020
177 Views
0 Comments
2 minutes read
Covid-19: Kurang Disiplin Kendiri, Kesedaran Punca Peningkatan Kluster Tempat Kerja – MTUC

KUALA LUMPUR: Kurang kesedaran mengenai dengan prosedur operasi standard (SOP) antara punca jangkitan kes COVID-19 di tempat kerja meningkat.

Jelas Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani, susulan peningkatan kes yang membimbangkan.

“Memang kita akui tempat kerja ini sukar dibendung apabila melibatkan ramai pekerja kita. Tetapi apa yang perlu dilakukan pada pandangan MTUC adalah untuk memutuskan COVID-19, lebih kepada pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Kita lihat hari ini sudut pekerja, SOP tidak dipatuhi sepenuhnya, ada pihak ambil ringan SOP ini. Jadi MTUC melihat bahawa SOP yang ada ini perlu diperketatkan lagi di peringkat pekerja dan majikan,” katanya.

Disamping itu katanya, disiplin kendiri pekerja juga amat penting dalam memastikan tempat kerja selamat daripada wabak COVID-19.

“Di peringkat pekerja pula, bagi MTUC kena ada disiplin diri pastikan pekerja itu sentiasa cuci tangan, basuh tangan dan gunakan sanitasi tangan. Yang penting perkara tentang penjarakan sosial kita ihat ramai tidak ambil berat,” jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.

Meskipun saban hari, arahan diberikan pihak berkuasa mengenai SOP, namun ia perlu dipatuhi oleh setiap pekerja dan majikan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Malah majikan juga ujarnya perlu bertanggungjawab dan tegas dalam memastikan kawasan tempat kerja selamat bagi pekerja mereka.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 62 kluster iaitu 30 peratus daripada keseluruhan 230 kluster COVID-19 di negara ini berkaitan jangkitan di tempat kerja.

Sehingga kini, 37 kluster tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu yang diumumkan pada Selasa.

Comments are closed.