Berita Hari Ini

COVID-19: ‘Pastikan Kita Jaga Kita’ – Dr Noor Hisham Mahu Semua Pihak Patuhi SOP

KUALA LUMPUR: AWAL pagi Ahad, biasanya ramai orang masih lena dibuai mimpi, mungkin ada juga yang berjoging, berbasikal atau bersarapan bersama keluarga dan rakan.

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengisi pagi Ahadnya dengan memuat naik status Twitter menasihatkan rakyat supaya rakyat terus bersatu memerangi COVID-19.

Beliau yang memang dikenali sebagai orang yang tidak mudah berputus asa memerangi COVID-19 memuat naik status ini:

“Peperangan dengan COVID-19 hanya boleh dimenangi dengan kesepaduan SEMUA PIHAK, tidak kira latar belakang, pangkat, darjat, profesion dan sebagainya, mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Untuk kita berjaya. Pastikan kita jaga kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita,” ciapnya lapor Astro Awani.

Pada Sabtu, Malaysia merekodkan sejumlah 374 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini adalah 15,096 kes.

Dr Noor Hisham berkata Sabah terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 277 kes baharu.

“Daripada 374 kes baharu, 372 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua kes lagi adalah kes import,” katanya.

Sementara itu dua kes import dilaporkan iaitu pengembara dari Filipina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");