Berita Hari Ini

COVID-19: SOP terhadap tahanan penjara, lokap dikaji semula

 Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) terhadap tahanan penjara serta lokap susulan lokasi terbabit menjadi antara penyumbang terbesar kes COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Penjara untuk mencari cara terbaru dan lebih berkesan dalam melakukan saringan wabak berkenaan.

Beliau sekali gus memaklumkan, sebanyak 25 peratus daripada jumlah kes baharu dilaporkan, hari ini, membabitkan penjara di Semenanjung.

“Oleh itu, kita akan melihat semula SOP dengan melakukan saringan bukan saja di penjara tetapi juga depoh tahanan imigresen dan lokap polis.

“Mereka (banduan, orang kena tahan) juga perlu dilindungi. Salah satu caranya ialah melakukan saringan secara besar-besaran dan ini akan dibincangkan dengan pihak penjara,” katanya pada sidang akhbar COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, aspek utama dalam menangani kes jangkitan di penjara ialah meningkatkan aktiviti kesihatan awam di lokasi berkenaan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");