Perak Hari Ini

COVID-19: SRAR Raudhatul Ulum Di Chemor Turut Ditutup Seminggu – Exco Perak

IPOH – Tiga buah sekolah di Perak yang ditutup seminggu bermula hari ini disahkan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan pada 16 Oktober.

Sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki masing-masing di Chemor, dekat sini serta Sekolah Kebangsaan Tanah Kebun di Parit Buntar

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata tindakan penutupan seminggu turut dikenakan terhadap Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Raudhatul Ulum, Klebang Restu Chemor.

“Tindakan yang sama juga turut diambil SRAR Raudhatul Ulum, Klebang Restu Chemor dimana sesi persekolahan ditutup buat sementara waktu sehingga 25 Oktober .

“Berikutan risiko penularan wabak COVID-19 yang tinggi, tindakan berikut diambil sebagai langkah pencegahan awal selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua ibu bapa dan guru diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memastikan penjagaan jarak sosial ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan diri dan sebagainya.

“Sebagai langkah susulan, semua sekolah yang terlibat dan mempunyai risiko kebolehjangkitan virus COVID-19 ini akan disanitasi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru beliau menasihatkan agar ibu bapa sentiasa memantau tahap kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan susulan sekiranya mempunyai sebarang gejala seperti demam, batuk dan selsema.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");