Perak Hari Ini

COVID-19: Tiga Kes Di Perak Disyaki Jangkitan Dari Sabah, Kedah

IPOH – Jangkitan baharu wabak COVID-19 di Perak merekodkan tiga kes pada Jumaat menjadikan kes keseluruhan sebanyak 274 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan ketiga-tiga kes itu disyaki jangkitan dari luar Perak.

Katanya bagi kes disyaki jangkitan dari Sabah, seorang lelaki 26 tahun yang juga warga tempatan yang tinggal di daerah Perak Tengah mempunyai sejarah lawatan ke Sabah selama empat hari bermula 22 September lalu.

“Ujian berasaskan rantai polimerase (polymerase chain reaction atau PCR) pertama pada 28 September didapati negatif dan pesakit diletak di bawah Perintah Pengasingan di Rumah (HSO).

“Pada 30 September kes menunjukkan ada gejala sakit tekak dan cirit-birit. Ujian ulangan PCR dijalankan pada 1 Oktober didapati positif,” katanya kenyataan itu, malam tadi.

Sementara itu katanya kes jangkitan kedua membabitkan seorang lagi lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan bertugas di Semporna, Sabah.

Katanya lelaki itu telah pulang ke Kubu Gajah, Selama, Daerah Larut Matang Selama untuk melawat bapa yang sakit.

“Kes tiada bergejala. Ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September didapati positif,” ujar kenyataan sama.

Bagi kes ketiga JKN Perak mengesyaki ianya berpunca daripada jangkitan di Kedah.

“Satu kes positif dilaporkan ke Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2 Oktober yang melibatkan seorang tahanan di Kem Tahanan Taiping (KEMTA).

“Kes telah dikesan melalui saringan kontak rapat kepada Kluster Tembok di Kedah,” jelasnya.

Justeru JKN Perak memaklumkan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan selain ketiga-tiga kes tersebut telah diasingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

https://www.facebook.com/jknperak/posts/3281127621985966

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");