Berita Hari Ini

COVID-19: Wanita Malaysia Antara Tujuh Kes Import Di Singapura

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan di republik itu pada Ahad merupakan wanita Malaysia berusia 23 tahun.

Bernama melaporkan wanita itu yang memegang permit kerja dan bermajikan di republik tersebut telah diletak di bawah notis kuarantin di rumah sejurus tiba, kata kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Ahad.

Semalam, Singapura melaporkan 10 kes baharu termasuk tiga jangkitan tempatan, menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negara itu sebanyak 57,876 kes.

Kementerian itu berkata kesemua kes baharu berkenaan tidak bergejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif.

Republik itu mengklasifikasikan 1,132 daripada jangkitan yang dilaporkan setakat ini sebagai kes import, 2,260 jangkitan dalam komuniti dan 54,484 kes membabitkan penghuni asrama pekerja asing.

Setakat Ahad, dua kluster iaitu di Kranji Lodge I dan asrama Westlite Woodlands telah diumum tamat memandangkan tiada jangkitan baharu dilaporkan dalam dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari.

Negara itu juga melaporkan sebanyak 57,705 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat jagaan komuniti.

Pada masa ini terdapat 44 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan satu pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 100 pesakit yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di pusat jagaan komuniti.

Setakat ini, Singapura mencatatkan 27 kematian akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kes pertama direkodkan pada 21 Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");