Perak Hari Ini

Digital Perak Meterai MoU Bersama Tiga Syarikat Bangunkan Teknologi Negeri Dan E-Dangang

IPOH- Sebanyak 100 unit buah televisyen berbentuk LED yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan negeri akan diletakkan di beberapa kawasan di negeri ini.

Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) telah menjalinkan usaha dengan pihak Nepolink Sdn. Bhd. (Nepolink) dalam pengurusan media digital dalaman atau Internal Digital Media (IDM) bagi inisiatif ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Meor Rezal Fitri Meor Redwan berkata, fokus kerjasama dibuat adalah untuk memberikan hebahan kepada masyarakat umum berkaitan dengan inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri melalui pemasangan televisyen berkenaan.

“Melalui Nepolink kita akan menaiktaraf unit tersebut bagi melengkapkan lagi hebahan berkaitan dengan kerajaan negeri memandangkan unit tersebut telah pun lama kita perolehi jadi kita memerlukan peranti yang baru.

“Ianya berbentuk tv yang mana kita letakkan ditempat tumpuan pelancongan dan tumpuan awam yang mana tv tersebut berfungsi untuk menyebarkan maklumat berkenaan dengan inisiatif kerajaan negeri,” katanya kepada media ketika hadir selepas pelancaran Kempen ‘Support Perak, Moh Belanja!’ di M Roof Hotel, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Encik Khairul Shahri Mohamed bagi menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak Nepolink dan POIS Sdn. Bhd. (Pois).

Katanya, memang sebelum ini ada unit yang diletakkan tetapi unit tersebut perlu dinaiktaraf kepada modul yang lebih baru berdasarkan kepada perkembangan teknologi dan bersesuaian dengan perdaran masa.

Dalam pada itu bersama pihak Pois, jalinan kerjasama yang dimeterai adalah melibatkan reka cipta, pembangunan dan pelaksanaan solusi ICT dan infrastruktur, pertanian digital, aplikasi mudah alih pelancongan dan perkhidmatan kursus latihan profesional.

Sementara itu, Digital Perak turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengendali e-dagang terkemuka, Lazada Malaysia (Lazada) lanjutan daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak tersebut bagi inisiatif S.M.A.R.T Niaga@Perak pada bulan Mei yang lalu.

Meor Rezal berkata, kerjasama ini dapat membantu memulihkan semula ekonomi negeri Perak pasca COVID-19 dengan menggalakkan dan mentransformasikan para peniaga fizikal kepada usahawan digital.

“Peralihan ini dapat membantu rakyat serta perniagaan yang terkesan akibat pandemik ini supaya terus berdaya tahan dan berdaya saing di alaf baharu ekonomi digital.

“Semua pihak termasuk para peniaga tempatan perlu membudayakan amalan norma baharu agar aktiviti jual beli dapat dijalankan dengan terjaga dan selamat dalam talian selain daripada memanfaatkan kelebihan platform dan fasiliti e-dagang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");