Berita Hari Ini

Doktor Benarkan Trump Berkempen

WASHINGTON – Donald Trump dibenarkan menghadiri acara umum mulai hari Sabtu ini, kata doktornya pada lewat hari Khamis.

Dr Sean Conley memaklumkan keadaan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang didiagnosis dengan Covid-19 kini bertambah baik.

Dalam kenyataan dari White House, Conley berkata, Trump telah “memberikan reaksi yang sangat baik terhadap rawatan” dan “sejak pulang ke rumah, ujian fizikalnya kekal stabil dan tidak ada petunjuk penyakit”.

Conley berkata, hari Sabtu ini adalah hari ke-10 hari sejak Trump didiagnosis dengan Covid-19 pada 1 Oktober lalu dan beliau boleh muncul di acara-acara awam.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak (CDC) AS menyatakan, individu yang positif Covid-19 boleh berada di khalayak selepas 10 hari simptom muncul.

Dengan syarat simptom orang yang dijangkiti telah bertambah baik dan pesakit tidak menunjukkan gejala demam dalam 24 jam.

Trump yang disahkan dijangkiti wabak itu terpaksa membatalkan beberapa acara menjelang Pilihan Raya presiden AS pada 3 November.

Tetapi sejak dibenarkan kembali ke White House pada awal minggu ini, Trump menegaskan beliau akan kembali berkempen.

“Saya ingin melakukan kempen pada malam ini. Saya mahu melakukannya semalam,” kata Trump kepada Fox Business Network pada hari Khamis, sambil menambah bahawa akan berdiri jauh daripada orang ramai.

Meskipun begitu, para pemerhati mempersoalkan adakah presiden masih boleh menyebarkan wabak dan menimbulkan kebimbangan mengenai keadaannya dengan kakitangan dan yang lain.

Ini kerana, lebih daripada 12 pembantu rapat Trump, sekutu politik dan kakitangan White House positif Covid-19. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");