Berita Hari Ini

Dua Kluster Baharu, Bah Puchong, Penjara Reman Dikenalpasti

KUALA LUMPUR – Dua lagi kluster baharu telah dikenalpasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bah Puchong dikenalpasti di Selangor iaitu di Petaling dan juga di Perak iaitu Larut, Matang, Selama serta Kinta manakala Kluster Penjara Reman dikesan di Pulau Pinang.

“Kes indeks bagi kluster berkenaan iaitu kes ke-13,061 dan kes ke-13,065 dan kes ke-13,069 dikenalpasti positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah.

“Ketiga-tiga mereka telah dimasukkkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, susulan itu saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif di Perak iaitu Larut, Matang, Selama serta daerah Kinta telah dikenal pasti yang mana kesemua mereka kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Tambah beliau dalam perkembangan berkaitan sehingga 12 tengahari tadi, sejumlah 39 individu telah disaring ujian Covid-19.

Daripada jumlah itu katanya, seramai12 orang disaring di Selangor yang mana tiga ddaripadanya dikesan positif dan sembilan lagi menunggu keputusan saringan.

Justeru jelas beliau, seramai 27 orang lagi disaring di Perak dan dua daripadanya positif dan 25 orang lagi sedang menunggu keputusan saringan.

Tambah beliau, kluster baharu yang kedua iaitu Penjara Reman telah dikenalpasti di daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Menurutnya, kes indeks kluster berkenaan iailah kes ke-13,499 merupakan kes kematian ke-141 semalam iaitu lelaki warga emas tempatan berusia 85 tahun yang dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri pada 5 Oktober lalu dalam penjr dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

“Saringan telah dijalankan pada hari yang sama ke atas kes sebelum disahkan positif. Susulan itu saringan kontak rapat telah dilaksankan dan hasilnya enam lagi kes positif telah dikenalpasti pada 6 Oktober 2020.

“Semua kes positif ini merupakan warga tempatan dan mereka sudah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Dalam perkembangan berkaitan, sehingga 12 tengahari tadi, sejumlah 286 individu disaring yang mana tujuh daripadanya positif Covid-19 manakala 78 orang negatif dan 201 lagi individu masih menunggu keputusan sementara punca jangkitan untuk kedua-dua kluster baharu berkenaan sedang disiasat rapi,” tegas beliau.

Dalam pada itu beliau turut mengulas tentang status terkini kluster-kluster aktif yang lain dengan kes positif pada hari ini.

Katanya, selain dua kluster baharu itu, lapan lagi kluster yang merekodkan kes baharu hari ini adalah Tembok, 139 kes, Bah Sintok (14 kes), Jalan Meru ( empat kes), Laut ( dua kes), benteng PK (dua kes), Selasih (dua kes), Bah Tanjung (satu kes) dan akhirnya Kluster Embun juga satu kes baharu direkodkan.-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");