Perak Hari Ini

DUN Perak: Peterana Diraja Dikhususkan Kepada Sultan Dan Raja Permaisuri

IPOH – Kedudukan Peterana Diraja dalam Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dikhususkan kepada Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak berkuatkuasa serta-merta.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan perkara tersebut sebelum memulakan Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Persidangan DUN Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

“Pengkhususan Peterana Diraja kepada Baginda Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak diputuskan bersesuaian dengan kedudukan tertinggi Tuanku sebagai Raja Pemerintah dan Jajahan Takluk Negeri Perak.

“Selain itu, ia juga dilaksanakan sebagai memartabatkan kedudukan Tuanku yang memayungi Dewan Negeri sebagai badan tertinggi perundangan negeri yang selaras dengan Perkara 28 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak,” jelasnya.

Untuk rekod, setiap kali pada pembukaan Persidangan DUN Perak, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak akan ditempatkan di Peterana Diraja dalam dewan.

Selepas ia dirasmikan,  Speaker DUN Perak akan ditempatkan di lokasi sama sepanjang persidangan berlangsung.

Selepas ketetapan terbaharu dibuat Speaker hari ini, kedudukannya akan berada di bawah Peterana Diraja.

Pada  masa sama, Zahir turut mencadangkan agar dapat diwujudkan ‘Executive Lounge’ atau Ruang Eksekutif Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Katanya ia bagi membolehkan ADUN dan Pegawai Khas yang berada dari luar Ipoh dapat bertemu dengan ketua-ketua jabatan kerajaan bagi mendapatkan sebarang respons berkenaan hal setempat.

Selain itu Zahir turut mencadangkan agar diwujudkan Galeri Dewan Negeri di tempat sama supaya ianya dapat dijadikan tempat rujukan kepada para pelajar atau orang awam bagi mendapatkan maklumat berkenaan prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta sejarah DUN Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");