Membawang Hari Ini

Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah

Kuala Lumpur: Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

“Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. 

“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah,” katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan lapor HMetro.

“Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. 

“Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.

Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");