Berita Hari Ini

Gadis Terhempas Atas Batu, Jatuh Sungai Ketika Rope Swing

KUALA LUMPUR – Keterujaan seorang wanita melakukan aktiviti lasak rope swing di Kuala Kubu Bharu bertukar tragedi apabila dia terhempas dan lemas di dalam sungai.

Kosmo Online melaporkan melalui satu muat naik hantaran Facebook Obe Mikel atau Mohamad Yakub Abd. Rahim yang merupakan adik kepada mangsa memaklumkan, kejadian itu menyebabkan mangsa, Siti Halijah Abd. Rahim perlu menjalani pembedahan tulang belakang.

“Ketika kakak saya melakukan terjunan itu, ia dilakukan dengan baik tetapi semasa melantun untuk mendarat, tali keselamatan dikatakan terlepas oleh petugas menyebabkan dia terjatuh di atas batu.

“Semasa kejadian itu, saya berada di bawah dan melihat sendiri kakak terhempas di batu dan tenggelam di dalam sungai selama beberapa saat sebelum diselamatkan oleh kakitangan di situ dan orang awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohamad Yakub berkata, kakaknya kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu menaiki kenderaan pihak pe­nganjur.

“Setakat ini kami sekeluarga tidak merancang untuk membuat sebarang tuntutan atau saman kerana pihak pengurusan aktiviti itu amat bertanggungjawab atas kejadian yang me­nimpa kakak saya.

“Malah, pihak mereka turut menampung kos peralatan pembedahan yang berjumlah hampir RM17,000,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, sumbangan yang diminta melalui laman sosial Facebook itu dibuat bagi persediaan rawatan susulan yang diperlukan bagi merawat Siti Halijah kelak.

Hantaran mengenai kejadian menimpa Siti Halijah menjadi tular di laman Facebook dan dikongsi sebanyak 553 kali serta mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Dalam satu lagi hantaran lain Mohamad Yakub memaklumkan, pembedahan pada tulang belakang lumbar L4, L3 dan L2 ­mangsa akan dilakukan segera bagi mengelak saraf kakinya te­rus rosak.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa boleh berbuat demikian di akaun Maybank milik Mohamad Yakub, 162107181368 atau hubunginya di talian 012-283 6884.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");