Berita Hari Ini
Like

Gempa Bumi Sederhana Landa Sempadan Myanmar-India

October 11, 2020
169 Views
0 Comments
50 seconds read
Gempa Bumi Sederhana Landa Sempadan Myanmar-India

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter, melanda sempadan rantau Myanmar-India, pada pukul 1.38 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 307 kilometer (km) timur dari Narsingdi, Bangladesh, pada kedalaman 53 km.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Berdasarkan percerapan pada pukul 8 malam semalam, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk kira-kira 755 km ke Timur Laut Ho Chi Minh, Vietnam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.