Panasnya Hari Ini

Gencatan Politik, PKR Pula Tak Sabar Nak ‘Berperang’ – Razlan

KUALA LUMPUR – UMNO minta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersabar untuk sedikit sehingga wabak Covid-19 menunjukkan trend penurunan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, PKR seperti tidak bersabar dengan pendirian musuhnya untuk melakukan gencatan politik demi menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

“Sabarlah sedikit.. sudah tak lama. (gencatan) rehat berpolitik untuk satu bulan dulu, tengok keadaan kes Covid-19.

“Sekarang (kes positif) Covid-19 sudah tinggi. Itu pun tak faham. Utamakanlah rakyat!

“Dahulu rakyat sudah beri Pakatan Harapan (PH) kuasa memerintah, tapi tidak jaga, tidak hiraukan nasib rakyat, bila jadi pembangkang pun sama perangai,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang melaporkan, parti itu menghormati kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik.

Namun kata beliau, pihaknya tetap akan meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama Ahli-ahli Parlimen yang bersama mereka.

“Pada masa sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara.

“Terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat,” kata Saifuddin Nasution katanya dalam kenyataannya, semalam.

Ahmad Zahid sebelum itu menyatakan keputusan partinya untuk gencatan politik dan menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional menangani Covid-19 dan masalah ekonomi melanda rakyat.

Sebelum itu tular surat yang Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak kononnya menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun ia dinafikan oleh Ibupejabat UMNO Pusat yang mengatakan ia palsu kerana tidak mempunyai nombor rujukan.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");