Perak Hari Ini

GERUP Luluskan 300 Permohonon Usahawan Mikro

IPOH- Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Geran Prihatin Usahawan Perak (GERUP) telah meluluskan 300 permohonan usahawan mikro bumiputera yang telah memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi Fasa pertama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, bantuan berbentuk ‘one off dengan jumlah RM3,000 tersebut bertujuan untuk membantu usahawan mikro bumiputera negeri Perak yang terkesan.

“Kerajaan Perak telah meluluskan sebanyak RM1 juta kepada SME Corp melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Kedua 2020 untuk dibayar kepada usahawan yang menepati kelayakan yang telah kita tetapkan.

“Kita telah buka permohonan secara online mulai 16 Julai sehingga 30 Julai di mana terdapat 4,653 orang usahawan yang memohon melalui online dan yang menepati kelayakan adalah sebanyak 1,115 bakinya 3,538 tak menepati kelayakan,” katanya.

Menurut beliau, pada 22 oktober yang lalu, kerajaan negeri telah meluluskan kepada 300 orang di mana mengambil masa 2 minggu melalui proses pembayaran.

Katanya, antara perniagaan yang telah diluluskan adalah daripada sektor pembuatan produk makanan, perniagaan borong dan runcit, kedai makan, bengkel dan lain-lain iaitu yang terlibat dengan Perniagaan Kecik dan Sederhana (PKS).

Bagaimanapun katanya, peruntukan tambahan sebanyak RM2.7 juta masih diperlukan bagi membantu golongan usahawan mikro berkenaan.

“Cuma masalahnya kita hanya ada RM1 juta sahaja dan kita hendak beri RM3,000 seorang, sudah tentu kita tidak mampu membiayai keseluruhan 1,115 permohonan yang layak ini,” katanya.

Pemohon boleh mula membuat semakan melalui laman web gerup.smecorp.gov.my bermula 30 Oktober 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");