Berita Hari Ini

Hadi Hargai Hajiji Lantik Ahli PAS Sebagai Adun

PETALING JAYA: Presiden PAS, Hadi Awang, menyampaikan penghargaannya kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas pelantikan seorang ahlinya, Aliakbar Gulasan, sebagai Adun.

“Pelantikan julung kali ini akan membuka lembaran baharu kepada PAS Sabah bagi menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai rasmi belum dikeluarkan Istana Negeri atau Jabatan Ketua Menteri mengenai pelantikan 5 menteri Kabinet negeri, pembantu menteri dan Adun lantikan.

Namun, difahamkan acara mengangkat sumpah telah diadakan di Istana Negeri pagi tadi di mana Aliakbar dilaporkan salah seorang daripada 6 Adun yang mengangkat sumpah.

Aliakbar, 49, yang berasal dari Kampung Kota Ayangan di Keningau, merupakan setiausaha PAS Sabah, pengerusi Lembaga Koko Malaysia, dan pernah menjadi pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah dari 1996 hingga 2020.

Sementara itu, Hadi berkata keberadaan PAS di Sabah sejak lebih 35 tahun adalah bukti kesungguhan parti itu memperkukuh perpaduan, menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman agama lapor FMT.

“Semoga kalian diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Hadi berpesan kepada Aliakbar agar tetap teguh melaksanakan tanggungjawab baharu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");