Berita Hari Ini

Hanya KKM tentukan jumlah hari kuarantin wajib – Ismail

Isu berkaitan pengurangan tempoh kuarantin wajib 14 hari bagi rakyat Malaysia yang masuk dari Singapura hanya boleh ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengambil maklum beberapa cadangan pengurangan tempoh kuarantin, beliau berkata isu tersebut akan dirujuk kepada KKM untuk membuat pertimbangan mengenai jumlah hari kuarantin wajib bagi rakyat Malaysia dari Singapura.

“Keputusan kuarantin 10 hari atau tujuh hari hanya boleh dibuat oleh KKM. Jika saya umumkan perkara kesihatan ia berdasarkan keputusan KKM,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata rakyat Singapura yang mempunyai keluarga warganegara Malaysia dibenarkan kembali ke tanah air namun perlu memohon MyTravelPass di laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia www.imi.gov.my.

Katanya Singapura tidak termasuk dalam sekatan 23 negara yang disenaraikan dalam kes Covid-19 tertinggi.

Selain itu, berkenaan rakyat negara ini di Singapura yang berdepan kekangan kewangan untuk menjalani ujian swab dan kuarantin wajib, beliau berkata mereka yang terkesan boleh memohon pengecualian bayaran dengan KKM.

“Jika terdapat yang tidak mampu membayar kos kuarantin, mereka boleh membuat permohonan. Kita sudah tetapkan mereka yang dalam golongan B40 serta orang kelainan upaya (OKU) boleh mohon pengecualian bayaran dengan KKM,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");