Perak Hari Ini

IPD Sungai Siput Jalankan Operasi Pastikan Premis Perniagaan Terus Patuh SOP

SUNGAI SIPUT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput telah melaksanakan ops bersepadu pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di sini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pemeriksaan yang dijalankan lebih menumpukan pada premis yang tidak patuh SOP seperti tidak menyediakan sanitizer, tiada buku pelanggan, tiada pengukur suhu, tiada tagging penjarakan sosial dan tiada laluan khas keluar masuk pelanggan ke dalam premis sepertimana yang digariskan oleh kerajaan.

“Sebanyak 87 buah premis diperiksa yang melibatkan premis makanan, kedai-kedai baju, pasar awam dan pasaraya dalam daerah Sungai Siput.

“Dalam operasi ini, empat kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ops bersepadu tersebut membabitkan lapan pegawai dan 29 anggota hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Kangsar dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tujuan operasi ini adalah untuk memastikan semua masyarakat terus akur kepada perintah PKPP yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020 demi kebaikan semua dalam mengekang penularan wabak pandemik covid-19 khususnya dalam daerah ini.

“Polis IPD Sungai Siput percaya bahawa masyarakat dalam daerah ini semakin peka dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa memandangkan jumlah kompaun yang dikeluarkan semakin berkurang.

“Operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam memastikan masyarakat Sungai Siput mematuhi SOP PKPP,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");