Berita Hari Ini

Isu Darurat Trending: Netizen Panik! Apa Impak Terhadap Mereka & Negara?

Dengan jumlah sehingga lebih 25,000 ciapan di Twitter, isu darurat secara tiba-tiba ‘meledak’ di platform media sosial berkenaan hari ini.

Hampir kesemua ‘timeline’ di Twitter dipenuhi dengan perkataan darurat.

Ada yang cuba menjelaskan situasti yang sedang berlaku, tidak kurang juga yang terpinga-pinga mengapa darurat secara tiba-tiba trending.

Paling banyak dibincangkan adalah adakah darurat benar-benar perlu diisytiharkan? Adakah sebab COVID-19 atau kepenting politik semata-mata?

Semua itu telah menjadi topik paling trending ketika ini.

Namun, apa yang membimbangkan, ramai juga netizen dilihat agak panik dengan perkataan darurat itu sendiri.

Namun persoalannya apa itu darurat? Apa impaknya darurat terhadap rakyat dan keselamatan negara?

Berikut merupakan fakta tentang darurat yang anda perlu tahu.

  • Melalui postingan di Facebook, Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz menjelaskan maksud darurat sebenar adalah suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.
  • Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
  • Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.
  • Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.
  • Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
  • Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).
  • Selain itu pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
  • Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.
  • Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.
  • Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas:
    • Keselamatan negara; atau
    • Kehidupan ekonomi; atau
    • Ketenteraman awam
  • Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar.
  • Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.
  • Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).

Anda boleh lihat penjelasan penuh berkaitan darurat di sini.

Jangan membuat spekulasi atau apapun, kita tunggu bersama mengenai kesahihannya. Dan ingat, jangan salah menyebarkan isu ini ya, nanti jadi lagi huru hara! Gunakan platform media sosial kita semua dengan bijak guys.

Kredit Foto: Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");