Berita Hari Ini

Jadikan PRN Sabah iktibar, KKM cadang tidak adakan pilihan raya buat masa ini

Dalam sidang media perkembangan Covid-19 petang tadi, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah meminta supaya tidak diadakan pilihan raya dalam waktu terdekat ini.

Menerusi laporan Harian Metro, beliau memaklumkan sudah mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan beberapa cadangan.

Jadikan PRN yang lepas pengajaran

Hal ini melihat daripada keadaan yang berlaku di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu dimana kes positif mendadak sehingga ke empat angka dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

“Cadangan kami adalah supaya tidak diadakan pilihan raya buat masa ini.”

“Jika pilihan raya terpaksa diadakan, mungkin kita perlu melihat kepada beberapa tindakan lain seperti tidak boleh rentas negeri dan daerah atau balik kampung untuk mengundi,” katanya.

Perlu fokus kepada 3 perkara

Namun begitu jika pilihan raya terpaksa juga dilakukan, pihak SPR perlu menfokuskan tiga perkara semasa pilihan raya iaitu cara berkempen, tiada lawatan dari rumah ke rumah dan undi pos.

“Selain itu, kita perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berkaitan yang sedia ada bagi meminimumkan penularan jangkitan Covid-19.

“Walaupun SOP sudah ada, apa yang penting adalah kepatuhan kepada SOP itu.” tambah Dr Noor Hisham.

Terus duduk dirumah

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga terus menasihati rakyat agar duduk di rumah dan keluar jika ada keperluan sahaja demi memastikan rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan dengan segera.

Sumber: Harian Metro (Saipul Adli Mohamad & Raja Noraina Raja Rahim), KKM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");