Berita Hari Ini

Jokowi Pertahan ‘Omnibus Law’, Dakwa Rakyat Tak Terima Maklumat Betul

JAKARTA: Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.

Astro Awani melaporkan Jokowi sebaliknya mendakwa protes tercetus kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.

Tegas Jokowi, undang-undang berkenaan akan membantu mewujudkan pekerjaan buat golongan muda dan mereka yang menganggur kesan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.

Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu.

Ia didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.

Selain bantahan rakyat, beberapa pemimpin daerah turut mengeluarkan pandangan senada mendesak undang-undang berkenaan dihapuskan.

Hampir 13,000 polis dikerah di tengah Jakarta bagi mengekang protes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");