Berita Hari Ini

Jumlah kes Covid-19 pernah direkod di Malaysia lebih 20,000

Jumlah kes baharu harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 871 kes dilaporkan hari ini, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 20,498 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut pada 7,049 kes.

Beliau berkata tujuh kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 187 kes.

Bagaimanapun, Malaysia melaporkan berita baik dengan kes pulih harian tertinggi pada 701 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 13,262 kes atau 64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini ialah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus),” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");