Berita Hari Ini

“Kakak semalam menangis ayah nak pergi kerja…” – Dua beradik maut bersama, ditemui lemas

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan kanak-kanak lelaki, 8, ditemui lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, di sini, hari ini.

Dua mangsa yang ditemukan lemas itu dikenali sebagai  Nur Farisah Rozilah berusia 10 tahun dan Mohd Rayan Ikram, 8 tahun.

Adik beria nak pakai baju baru

Nenek saudara mangsa Nik Hasnah Yusof, 56,  berkata kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

“Cuma si adik beriya memberitahu ibunya dia hendak memakai baju baharu pagi tadi manakala yang si kakak pula tidur lewat semalam selain menangis apabila ayahnya hendak balik bekerja di Johor…”

Nik Hasnah yang reda dengan kejadian itu berkata  mangsa kebiasaannya tidak pernah pergi ke kawasan tadahan air itu dan hanya bermain basikal di sekitar kawasan taman berdekatan.

Ibu terus terduduk tengok jenazah anak

Perkarangan unit forensik turut diselubungi suasana pilu dengan kehadiran ahli keluarga yang datang setelah mengetahui kejadian itu.

Ibu mangsa yang ditemui di hospital kelihatan sedih dan mengelak untuk bercakap dengan media selain  sesekali membuat panggilan telefon dengan suaminya yang baru sahaja  bertolak ke Johor dan terpaksa berpatah balik susulan kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kawasan tadahan air sebuah kawasan taman perumahan di situ berada dalam keadaan berpagar dawai, namun banyak yang telah rosak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber : Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");