Membawang Hari Ini

Kami Bukan ‘Kaya Segera’ – Wawa Zainal

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal me­nyangkal dakwaan kekayaan yang dikecapi dalam perniagaan pada hari ini menggunakan jalan pintas seperti yang didakwa segelintir netizen.

Perkara itu diluahkan Wawa menerusi kapsyen dalam akaun Instagramnya semalam.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, kejayaan yang mereka miliki pada hari ini tidak datang secara bergolek dan bukan hanya berlaku dalam sehari.

“Susah nak kurus, samalah juga dengan kejayaan, bukan hari ini buat, esok sudah kaya.

“Wawa dan Aeril Zafrel juga sudah lama berniaga. Kami pernah jual baju, tudung dan kanta lekap sehinggalah wujud WawaCosmetic sekarang,” luahnya.

Tambah pelakon filem 99 Kali Rindu itu, perniagaan yang dijalankannya itu telah bermula sejak tahun 2016 dan bukanlah bisnes cepat kaya yang dilemparkan oleh netizen.

“Perniagaan kami sudah bermula sejak 2016 dan empat tahun itu bukan sekejap. Kami pernah merasai pengalaman jatuh ba­ngun sebagai seorang usahawan.

“Siapa kata saya kaya segera? Sekarang pun belum kaya lagi,” ujarnya.

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syu­kur,” katanya.

Sejak kelmarin, pasangan ini menjadi perhatian netizen selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang ­mereka lapor Kosmo Online.

Rata-rata netizen turut menegur Aeril supaya tidak terlalu me­nunjuk kemewahan kerana khua­tir menjadi perhatian pihak berkuasa.

Kegusaran netizen itu selepas beberapa selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");